PELAN PEMASARAN

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan lumayan dengan menjadi ejen topup?

Permintaan terhadap topup adalah konsisten, contohnya setiap bulan, Pak Abu membelanjakan RM100 untuk membeli topup. Anda juga begitu bukan? Setiap minggu anda topup.

Jom lihat bagaimana pelan pemasaran yang menguntungkan jika anda mendaftar sebagai ejen jual topup bersama kami.


1) Menjana pendapatan sebagai penjual topup 

Jumlah pengguna topup sememangnya ramai. Setiap hari jumlah pengguna yang topup semakin meningkat. Lihat sahaja di kawasan kejiranan anda, berapa ramai orang yang menggunakan handphone? Dan majoriti pengguna handphone menggunakan topup.

Berapa kali mereka topup dalam seminggu? Sebulan?? Malah ada juga yang topup sehingga 2 kali sehari.

Katakan kawasan kejiranan anda mempunyai 400 orang pengguna topup Celcom dan purata setiap seorang daripada mereka akan menggunakan topup RM40 sebulan.

Jadi jumlah keseluruhan penggunaan topup di kawasan anda ialah RM40 X 400 = RM16,000 sebulan.

Jika anda mendapat keuntungan sebanyak 3.75% hasil jualan anda daripada jumlah penggunaan topup di kawasan anda iaitu 3.75% daripada RM16000, anda akan mendapat RM592 sebulan sebagai penjual topup.

Seperti yang anda maklum,anda mendapat keuntungan atas jualan produk  yang anda lakukan. Sebagai contoh, dalam akaun anda mempunyai modal sebanyak RM100.

Untung celcom = 4.25  
Jualan celcom airtime 10 = RM0.42
Potongan oleh syarikat ke atas akaun = RM9.57
Terima RM10 dari pelanggan. Baki dalam akaun modal adalah RM90.42

Di sini,dengan jualan celcom airtime 10,anda mendapat untung RM0.42. Agak sedikit bukan ? Ya! Memang sedikit sebab itu adalah untung untuk satu jualan. Jualan purata ejen kami terutamanya siswa dan siswi universiti mencapai RM300 sehari.

RM400 = celcom airtime 10 sebanyak 30 kali.
42 sen untuk satu kali jualan.
30x RM0.42 = RM12.60 sehari.

Kebiasaannya jika hari ini jualan tinggi,keesokkan harinya sudah berkurang jualan yang bakal diterima. Sebab celcom airtime/maxis airtime bertahan selama 7 hari. Kalau kaki gayut tu,cepat la habis kredit..n_n

Ok.pengiraan mudah,katakan purata keuntungan jualan dalam satu hari adalah RM10. Sebulan ada 30 hari. Cuti kita masukkan 8 hari.

30 hari – 8 cuti = 22 hari
22 hari x RM10 = RM220

RM220 tu adalah jumlah yang sedikit untuk orang bergaji besar. Tetapi untuk kami, sebagai mahasiswa dan mahasiswi universiti adalah suatu jumlah yang besar.

Pengiraan di atas adalah simulasi sahaja. Semuanya bergantung pada jualan dan teknik anda untuk memikat pelanggan datang berbelanja pada diri anda. Dalam masa seminggu,pasti kedai anda dikunjungi orang ramai.


2)Keuntungan daripada mendaftarkan ejen  downline

Jika anda seorang Dealer di agentztopup, anda boleh mendaftarkan ejen-ejen di pangkat lebih bawah daripada anda. Yuran penyertaan adalah bergantung kepada anda . Anda yang menetapkan sendiri yuran pendaftaran ejen-ejen anda.

Anda menetapkan yuran penyertaan sebanyak RM50 untuk satu pendaftaran simkad.
Satu simcard akan dicaj sebanyak RM5 oleh syarikat daripada akaun anda.

1 simcard = RM50
Caj oleh syarikat = RM 5
Keuntungan = RM45

Jadi, untuk kes di atas, keuntungan untuk seorang downline atas pendaftaran downline adalah RM45. Oh ya,jangan lupa bahawa yuran pendaftaran anda sendiri yang tetapkan. Kalau anda letak RM70 atau RM150? Berapa keuntungan anda??

Itu terpulang pada kreativiti anda sendiri.Semuanya adalah bergantung pada kemahiran anda untuk menjana pendapatan sampingan melalui perniagaan ini.
Anda tetapkan sendiri agar fleksibel,keselesaan dan memenuhi citarasa anda.

CONTOH:
Yuran pendaftaran First Retail (FR) (downline) anda ditetapkan sendiri oleh anda. Anda akan dikenakan cas sebanyak RM5 sahaja bagi setiap pendaftaran ejen anda.

Katakan anda sebagai  Retail (R)  dan yuran untuk setiap pendaftaranejen bawah anda tetapkan ialah RM70. Seorang kawan anda berminat untuk menjual topup dan ingin mendaftar sebagai First Retail (FR)  di bawah anda, Retail (R). Dia akan membayar RM70 kepada anda untuk pendaftaran tersebut dan anda mendaftarvrakan anda tersebut sebagai First Retail (FR).

Hasil keuntungan yang anda memperolehi daripada pendaftaran tersebut ialah RM70 (Yuran pendaftaran) – RM5 (cas syarikat) = RM65. RM65 untuk satu pendaftaran ejen (downline), agak lumayan bukan?
Jika sebulan anda berjaya mendaftarkan seramai 60 orang sebagai ejen di bawah anda, keuntungan yang anda dapat ialah RM65 X 60 = RM3900.
WOW!!!!! Lumayan Bukan??? Gaji mengalahkan graduan IPT.

Itu baru pendaftaran untuk Retail tidak termasuk pendaftaran pakej lain di bawah anda.
Lihat bagaimana anda boleh menjana pendapatan lumayan dengan hanya mendaftarkan ejen di bawah anda:

1.RM65(Yuran 1st Retail X 3 orang/bulan = RM195
2.RM55(Yuran 2nd Retail X 3 orang/bulan = RM165
3.RM45 (Yuran 3rd Retail X 3 orang/bulan = RM135
4.0.25% X RM10(jualan minima seorang ejen sehari) X500ejenX30hari = RM375
5.Anggaran jumlah pendapatan ejen sebulan =RM195+RM165+RM135+RM375 = RM870/bulan

** anda boleh tetapkan harga yuran pendaftaran sendiri.  Harga diatas adalah sebagai contoh sahaja **
Lihat gambar dibawah.



Katakan anda mendaftar sebagai Retail (R), anda boleh mendaftarkan First Retail (FR) sebagai downline anda dan First Retail (FR) boleh mendaftarkan Second Retail (SR) sebagai downline, First Retail (FR) boleh mendaftarkan Second Retail (SR) dan sehinggalah Third Retail (TR).
Anda boleh juga mendaftarkan Third Retail terus kepada downline anda tanpa mana-mana Retail lain.

p/s: Anda tidak boleh mendaftarkan  orang lain sama level dengan anda.
Contoh: Anda seorang Retail ingin mendaftarkan downline anda sebagai retail juga.
3) Keuntungan daripada komisyen jualan topup ejen anda

Pendaftaran ejen anda diibaratkan seperti anda membuka cawangan kedai topup anda. Anda akan mendapat komisyen apabila ejen anda menjual topup.
Lebih ramai ejen (downline) anda, lebih banyak cawangan kedai topup anda dan lebih banyak komisyen yang bakal anda dapat.
 
Pendaftaran ejen bermakna anda melantik wakil anda untuk melakukan jualan bagi pihak anda. Atau boleh juga dikatakan anda membuka gerai-gerai kecil yang menjual topup bagi pihak anda.
Bonus komisyen overriding adalah tidak tetap. Bergantung pada pakej yang anda ambil.
Tetapi yang pasti,cara mudah untuk menjana pendapatan paling best adalah dengan :

“Mendaftarkan diri pada level tertinggi,daftarkan downline sehingga level terbawah”

Sebagai contoh :

Anda di level Dealer
Komisyen untuk anda adalah 4.25% untuk celcom.
Manakala untuk Third Retail pula adalah 3.00% untuk celcom.
Sekiranya anda ada 1 orang ejen berpangkat Third Retail, maka perbezaan antara komisyen anda dan downline anda akan diambil kira.
4.25% – 3.00% = 1.25%

Ini bermakna anda akan mendapat komisyen overriding sebanyak 1.25% daripada jualan downline anda.
Sekiranya downline anda :
Menjual  1 celcom airtime 10, maka :
1.25% x 10 = RM0.125
RM0.125 adalah keuntungan anda sekiranya anda seorang DEALER.

YA,saya tak nafikan 12.5 sen tu adalah sikit. Tetapi itu adalah jualan oleh orang lain,bukan pihak anda yang bersusah payah untuk buat jualan pun. Kemudian, itu adalah simulasi untuk 1 jualan sahaja pada airtime terendah iaitu airtime 10.

Sekiranya :
1 orang downline anda tadi melakukan 10 jualan dalam sehari untuk celcom airtime 10,maka:
RM0.125 x 10 jualan = RM1.25 sehari
RM1.25 sehari x 30 hari = RM37.50 untuk sebulan.
ALAHAI..ciputnyer…(^^)
Ya benar. Untuk 30 hari, RM37.50 tu lekat celah gigi ajer. Tapi saya yakin anda mampu memiliki sekurang-kurangnya 5 orang dowline yang bekerja untuk anda.

1-adik lelaki
2-adik perempuan
3-sepupu
4-kawan sepejabat/sekuliah
5-anak saudara

Susah sangat ker nak cari downline di kalangan insan yang terdekat dengan diri anda nih?
RM37.50 x 5 downline = RM187.50 untuk sebulan sekiranya ada 5 downline.
Singkatan : FR=First Retail, SR=Second Retail, TR=Third Retail

CARA ALIRAN DAN PEMBAHAGIAN KOMISYEN BERDASARKAN LEVEL DOWNLINE

contoh 1
Retail (R) mendaftarkan First Retail (FR) sebagai downline dan pendaftaran First Retail (FR) oleh Retail (R) tiada batasan. Jika First Retail (FR) membuat jualan C10,First Retail (FR) akan mendapat keuntungan 37.5 sen dan Retail (R) akan mendapat komisyen 2.5 sen.

Contoh 2
First Retail (FR) mendaftarkan Second Retail (SR) sebagai downline dan pendaftaran Second Retail (SR) oleh First Retail (FR) tiada batasan. Jika Second Retail (SR) membuat jualan C10, Second Retail (SR) akan mendapat keuntungan 35 sen manakala First Retail (FR) dan Retail (R) akan mendapat komisyen 0.25 sen.

Contoh 3
Second Retail (SR) mendaftarkan Third Retail (TR) sebagai downline dan pendaftaran Third Retail (TR) oleh Second Retail (SR) tiada batasan. Jika Third Retail (TR) membuat jualan C10, Third Retail (TR) akan mendapat keuntungan 32.5 sen manakala Retail (R), First Retail (FR) dan Second Retail (SR) akan mendapat komisyen 0.25 sen.

Contoh 4
Retail (R) mendaftarkan Third Retail (TR) sebagai downline. Jika Third Retail (TR) membuat jualan C10, Third Retail (TR) akan mendapat keuntungan 30 sen manakala Retail (R) akan mendapat komisyen 10 sen.

Contoh pengiraan:
Anda mempunyai 500 downline, setiap downline menjual topup paling minima ialah RM10 sehari. Komisyen yang anda perolehi ialah 0.25% X RM10(jualan minima seorang downline sehari) X 500 downline X 30 hari= RM375/bulan.
Berapa target bilangan ejen (downline) bawah anda? Tidak mustahil anda boleh mempunyai sehingga 100,000 downline dengan hasil pendaftaran downline yang downline anda yang lain lakukan .

Semakin ramai ejen (downline) anda, semakin banyak komisyen yang anda dapat.
Adakah mustahil untuk anda menjana pendapatan LIMA ANGKA dengan topup? Cuba anda gabungkan ketiga-tiga pelan tersebut, berapa yang anda akan dapat?

P/s: Pengiraan ini hanyalah contoh, pendapatan sebenar mungkin di luar jangkaan bergantung kepada usaha anda sendiri.